30 March 2013

Peace Meal : Poetry, Percussions, Tea with Yahya Rhodus


Dear readers, 

I Would like to invite all of you to this event. Check it out..



Like Shakespeare, the works of Imam Abdullah Alhaddad are known all over. 300 years later, people still recite his poetry with accompanying beats and beverage, just not in a theatre production with costumes.
In between lively recitals and hot cups of refreshments, Rhodus will be elaborating the work of this renown Islamic scholar from an ‘undeveloped’ part of the world, that has become so significant today.
Come for Poetry with Percussions and Tea, an evening with Shaykh Yahya Rhodus looking at the works of Imam Abdullah Alhaddad (1634-1720).
We have selected five poems to be recited along with accompanying percussions band. Those attending are welcomed to join in, as we will be providing the text for the poems like we've done at previous events. In between each poem, Shaykh Yahya Rhodus will be leading the explanation on the poems.

Rhodus began his study of Islam with Shaykh Hamza Yusuf and then at Dar al-Mustafa in Tarim, Hadhramout in theology, legal theory and Arabic poetry under the likes of Habib 'Umar binHafiz and Habib 'Ali al-Jifri. He has a B.A. in Near Eastern Studies at the University of California, Berkeley and is currently pursuing his Masters in Islamic Studies at the Graduate Theological Union in Berkeley. He is also an instructor at Zaytuna College, and teaches with Deen Intensive Foundation and Seekers Guidance.




10 March 2013

I'm a Marchian



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


March has always be the best month of the year. Nothing is more awesome than March because my Birthday is coming soon! February was Alhamdulillah. I think my holiday was well spend. Though I didn't have the opportunity to go for an ASEAN trip or Euro trip. I had a great time with Seminar Baitul Muslim 2.0, Team Sarong who organized #KeretapiSarong and of course quality time with family and books. 



Talking about March, it has been a rough start for Malaysia especially those in Sabah particularly Lahad Datu as we were under attack by the Sulu Sultanate. I am disappointed by our politicians. Both the ruling party and the opposition. I know that we all have our won theory how on earth those Suluk managed to pass through our waters, who invited them, who are their secret agent. For me those are secondary what is important now is to resolve the issue. I pray that the government and security force will manage it wisely. 


So apart from the Sulu attack I'm now in my "final le finale" semester. Excited? I'm not sure about that. on the 3rd day I've already receive SIX Assignments which two due the following week and one of the due cost me 10% of my coursework ! Freak much? This is Law School people. I am looking for a fresh start and hope this momentum is sustainable. I have a long semester to go and a high mount to climb. 

I think that's it for now. I hope all of you will have a great March. Remember this is my month so make sure you guys get me some present. And to all March-ian happy birthday have a great one may Allah bless us all, grant us rezeki, ease our dealings in this world and the hereafter. Alhamdulillah for this longevity may we all become a better muslim a better person. 

Have a great month people.! 

Enjoy 

1 March 2013

Ciri Lelaki & Wanita

Apabila kita hendak membeli kereta kita akan tengok apakah spesifikasi yang ada pada kereta itu. Begitu juga dengan rumah. Adakah spesifikasi itu sesuai dengan kehendak dan objektif kita? Perkara yang sama juga terpakai dalam mencari pasangan hidup. Setiap orang mempunyai spesifikasi yang berbeza. 

Persoalannya apakah common factor/specification yang perlu ada pada setiap pasangan yang dicari baik lelaki mahupun wanita? Maka dalam penulisan kali ini saya akan cuba kongsi sedikit sebanyak apa yang telah dikongsikan bersama Ustaz Pharol Md Juoi. 




3 Ciri-ciri utama yang pataut ada pada seorang lelaki adalah :- 

1. Bertanggungjawab 
2. Bijaksana 
3.Kepimpinan 

Bertanggungjawab

Ciri utama yang perlu ada pada seorang lelaki adalah bertanggungjawab. Lelaki yang bertanggungjawab tidak akan mengabaikan hak dan tuntutannya. Jika seseorang lelaki itu tidak bertanggungjawab maka timbullah masalah-masalah seperti tidak membayar nafkah dan sebagainya. 

Jika seseorang lelaki itu bertanggungjawab, walaupun dalam keadaan yang tidak baik dia tetap akan melaksanakan tanggungjawabnya. Jika kita lihat hari ini kebanyakkan masalah rumah tangga berlaku akibat sikap lelaki yang tidak bertanggungjawab. 

Bagaimana hendak melihat sifat kebertangungjawaban seseorang lelaki itu? Cara yang paling mudah dah semula jadi adalah dengan melihat bagaimana dia melayan ahli keluarganya terutama sekali ibu dan saudara perempuannya. 

Selain daripada itu sifat tanggungjawab ini juga dapat dilihat bagaimana seseorang lelaki itu bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri. Jika dia tidak bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri jangalah kita mengharapkan dia untuk bertangunggjawab ke atas kita. Lihatlah pada bagaimana dia menjaga haknya dengan Allah, rutin harian dan juga aspek-aspek lain dalam kehidupannya. 

Bijaksana 

Kepandaian dan kebijaksanaan adalah dua perakara yang berbeza. Maka haruslah difahami kedua-duanya. Kepandaian lebih kepada ukuran IQ maka kebijaksanaan lebih kepada ukuran EQ. Bijaksana ini juga datangnya dengan hikmah.  

Alam rumah tangga merupakan alam yang mencabar. Sepertimana yang kita ketahui lelaki dan perempuan itu pada lahiriahnya dan rohaniahnya berbeza sama sekali. Tiada persamaan antara sifat lelaki dan perempuan yang menyebabkan mereka ini compatible to each other. Maka konflik itu adalah sesuatu yang pasti. 

Maka kebijaksanaan itu penting dalam menangani konflik yang bakal timbul. Tiada rumah tangga yang aman dan damai. Malah jika kita kaji pada sirah Rasulullah SAW & para sahabat juga kita dapat lihat konflik yang melanda rumah tangga mereka dan bagaimana mereka menanganinya dengan penuh kebijaksanaan. 

Kebijaksanaan ini datang dengan kematangan dan kematangan itu bukanlah diukur pada umur akan tetapi ilmu yang ada pada seseorang. Ilmu itu hendaklah diaplikasikan dan dilahirakan dalam kehidupan seharian. Bukan hanya disimpan untuk dimomok-momokan apabila perlu. 

Carilah kebijaksanaan dalam seorang lelaki. Dan bagi kaum lelaki jadilah orang yang bijakasana agar berupaya menjadi insan yang berjaya. 

Kepimpinan 

Sifat kepimpinan ini sepatutnya tidak perlu diberitahu atau disenaraikan kerana fitrah lelaki itu untuk memimpin dan menjadi khalifah. Namun begitu, sifat kepimpinan dalam kalangan lelaki masa kini boleh dikatakan semakin menurun.

Lelaki haruslah boleh memimpin kerana itu tugas utama mereka baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, malah negara. Sekiranya lelaki itu tidak mempunyai sifat kepimpinan yang baik maka huru-haralah rumah tangga yang dipimpinnya.



Bagi wanita pula ada 4 ciri-ciri utama yang patut ada pada dirinya :- 

1. Cepat Kahwin
2. Banyak Anak 
3. Murah Maharnya 
4. Baik Akhlaknya 

Cepat Kahwin 

Cepat kahwinya seseorang wanita itu adalah antara ciri-ciri baiknya. Bukanlah hendak dikatakan wanita yang lambat kahwin itu tidak baik, akan tetapi adalah lebih baik jika seseorang wanita itu berkahwin pada awal usianya (berpandukan panduan syarak) kerana  dapat mengelakkan perkara-perakara yang tidak baik seperti fitnah. 

Banyak Anak

Ini antara point  yang meninmbulkan banyak persoalan. Iaitu, belum kahwin lagi macam mana nak tahu banyak anak atau belum? Apa yang dimaksudkan disini adalah perempuan yang baik adalah perempuan yang sihat, subur dan mudah melahirkan anak. Perkara ini dapat dilihat melalui keluarganya. 

Bukanlah bermakna perempuan yang tak banyak anak itu tidak baik, apa yang lebih penting disini adalah kesihatan perempuan itu. Maka jagalah kesihatan. Terutama dalam zaman teknologi serba moden ini banyak alternatif yang boleh dicari untuk menjaga kesihatan. 

Murah Maharnya 

Perempuan yang baik adalah yang mana maharnya murah. Saya percaya ramai daripada kalangan kita yang tahu akan hadis yang bercakap mengenai mahar. Antara reasoning yang diberikan adalah perempuan yang baik tidak akan membebankan pihak lelaki kerana memikirkan tanggungjawab yang bakal ditanggung oleh pihak lelaki apalah sangat mahar itu. 

Malah kebahagiaan rumah tangga tidak boleh dijamin dengan meletakkan mahar yang tinggi. Malah ramai sahaja dalam kalangan masyarakat kita yang meletakkan mahar yang tinggi tetapi akhirnya perkahwinan mereka gagal ditengah jalan.

Baik Akhlaknya 

Ciri yang keempat patut ada, ialah akhlak yang baik. Seseorang perempuan itu perlulah mempnyai akhlak yang baik. Perempuan ibarat permata. Nilai mereka sangat tinggi dan mereka sangat dimuliakan dalam Islam. Setiap perempuan wajar dilayan seperti puteri raja. 

Maka selaku entiti yang mempunyai martabat yang tinggi perlulah seorang perempuan itu mempunyai akhlak yang baik. Jika kita lihat barang-barang yang branded mahal semuanya mempunyai kualiti yang tinggi. Samalah seperti perempuan. Bukanlah hendak disamakan perempuan dah material yang ada di bumi ini akan tetapi analogi yang diberikan merujuk kepada akhlak seorang perempuan itu. 

Akhlak perempuan itu antara kayu ukur kepada kualiti yang ada pada mereka. Maka live up to your potential ladies. Jadilah wanita yang berkualiti yang mahal, wanita yang menjaga martabatnya. 


Kesimpulan

Setiap ciri dan sifat yang dinyatakan dalam penulisan ini haruslah didatangi bersama iman dan taqwa. Sifat-sifat ini hanyalah menjadi panduan kepada mereka yang mencari. Carilah nilai-nilai ini dalam pasangan anda. Sejauhmana nilai ini ada dalam diri mereka itu bergantung. Kita harus ingat perkahwinan itu merupakan satu ekspidisi dan bukanlah satu perjalanan.

Ekspidisi ini tiada penghujungnya jika kita bandingkan dengan perjalanan. There's no state of being. Hidup ini tidak sempurna. Pasangan yang kita kahwin itu akan melalui tiga fasa iaitu siapa dia sebelum kita kahwin siapa dia semasa kita kahwin dan siapa dia selepas kita kahwin. Apa yang lebih penting ialah end result iaitu siapa dia selepas dia berkahwin dengan kita. 

Maka sekiranya dia kurang sifat-sifat yang diceritakan di atas tidak mengapa. Yang penting asas itu ada dan cubalah kita sama-sama memperbaiki diri kita agar menjadi lebih baik. 


22 February 2013

" I'm waiting for Hidayah "


If we want to know something, we have to ask question. Without question there will be no answer. This has been said by Allah in Surah Yusuf, Verse 7 (12:7)


If we want something so search for it. The topic that can be discuss is the topic of Hidayah. Hidayah is a form of answer by Allah SWT. We know that some people just love to say "Hidayah belum sampai lagi" or "Belum sampai seru lagi". Is it? Isn't that Islam has been completed during the lifetime of Rasulullah SAW?  Allah has said in Surah Al-Ma'idah, Verse 3 (5:3):-

"......This day those who disbelieve have despaired of [defeating] your religion; so fear them not, but fear Me. This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion....."

We have to know that hidayah can be divided into two category namely:-

1. Hidayah Al-Bayan
2. Divine Hidayah

Hidayah Al-Bayan

Hidayah Al-Bayan can be said as indirect hidayah. It usually the small things that happen in our daily life. For example take this situation:-

"You were chilling with your friends at a mamak stall. Suddenly came a guy selling a book about Islam to you. He said that usually this will cost RM25 but today he would sell to you RM15. Later, he put it on your table. But you said no."

The act of the salesman putting the book in front of you, offering you, is an act from Allah. If you choose not to buy it then it is your lost. That is just one example. Bear in mind that, now we are living in the era where information is easily accessible. We have youtube, da'wah website, books and many more. If we did not have the urge to search for hidayah how would we expect hidayah would come to us?

Referring to the story, the act of the book being put there is the hidayah. So whether we want to take it or not (strength or urge) to take it is call 'taufik'. Taufik is something that we must ask from Allah. Remember Allah is everything. Ask Him for anything that you want as He owns everything.

Thus, do not stop from seeking hidayah and do not stop from making du'a for taufik. If we don't search we won't get it.

Some people might say this is qada & qadar. But we have to remember at the end of the day it is us who decide. Allah only provide the pathway. Allah has shown to us which path to take, if we choose otherwise that is our fault.

It's like coming to a T-Junction. You know that if you turn left you will go to a jungle where there's no civilization but if you turn right you will enter into a beautiful garden. So which would you choose? From what you have chosen is it Allah's fault? You know which one will lead to the jungle and which one will lead to a garden but yet you choose the jungle route. Think about it.

Divine Hidayah

Divine hidayah is the hidayah that Allah instill it in our heart. This is a special case. Only those who Allah has chose He will grant it. Take a look at Yusuf Islam, or the BBC Journalist that was caught by the Taliban in Kabul.

The journalist hate Islam very much. She was caught by the Taliban. She were not locked up but was kept at their base. She can run anytime she want. The Taliban made a deal with her that if they let her go. She would promise she will read Quran.

When she came back to London, she remembered her promise and she read the Holy Quran. And upon reading she felt in love with it and she is now a muslim.

Conclusion

For us who has born to be a muslim, we are very lucky. But yet some of us take our religion lightly. That is why we see those who struggles to get Islam they have a better understanding than us. We? Keep on blaming that "belum sampai hidayah lagi". Do not wait for hidayah. Search for it. If we come to Allah, He will run to us. Learn and keep learning and learning insyaAllah we would have a better understanding.

May Allah help us in our journey seeking the deen, the iman, and taqwa. If there's anything wrong with my writing please let me know. As I am still learning.

Jodoh 1, 2 & 3

Dalam usaha mencari jodoh / pasangan hidup, kita sentiasa tertanya-tanya apakah kriteria yang perlu dilihat dalam seseorang itu. Baik untuk lelaki mahupun untuk perempuan. Jika kita lihat dalam dunia hiburan kita disogok dengan berbagai-bagai jenis kriteria, nak cari yang memahami, nak cari yang sama pandai, nak cari yang berharta, nak cari tarikh lahir sekian-sekian dan macam-macam kriteria lagi.

Namun harus kita ingat disini bahawasanya Islam ada meletakkan panduan bagaimana mahu mencari pasangan hidup. Sudah tentu kita akan merujuk kepada hadis yang sangat mashur yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim iaitu 4 kriteria yang dicari dalam seorang wanita adalah:-

1. Harta
2. Rupa
3. Keturunan/Darjat
4. Agama

Dan antara empat kriteria yang tersebut sudah tentu agama menjadi kriteria utama dan yang terbaik. Namun ada yang akan berhujah:-

"Wanita sekarang pandai berlakon, nampak ja pakai tudung tapi macam-macam yang dibuat. Macam mana?"

"We don't judge a book by its cover, jangan ingat orang yang tak pakai tudung agama dia tak bagus"

Maka persoalan yang timbul adalah apakah kaedah yang perlu dilakukan untuk mencari yang baik agamanya itu? Dalam entri kali ini berpandukan syarahan Ustaz Pharol Md Juoi, terdapat tiga langkah mudah yang boleh dilakukan. Tiga langkah tersebut adalah.

1. Jadilah orang yang soleh/solehah dahulu.
2. Ikut pilihan orang yang soleh/solehah.
3. Ikut kaedah-kaedah yang baik.

Jadilah orang soleh/solehah

Untuk mendapatkan yang soleh/soleh adalah penting untuk kita terlebih dahulu menjadi seperti yang kita mahu. "Jadilah bukan carilah", "Be the change that you want to be". Seperti mana yang telah difirmankan Allah dalam surah An-Nur 24:26 "...lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik...."

Persoalan yang timbul kini apakah yang membuatkan seseorang itu 'baik'? Sebab zaman kini kita dapat lihat menyimpan janggut, memakai serban, memakai jubah, sembahyang di masjid 24jam, tapi ada sahaja yang pukul isteri, ada yang buat maksiat, dan macam-macam lagi.

Baik bukanlah satu destinasi, tapi merupakan satu perjalanan. Selagi mana kita berusaha untuk menjadi baik insyaAllah itu yang dikatakan baik. Haruslah kita ingat melakukan perkara yang baik bukannya kayu ukur seseorang itu baik. Ia cuma kayu ukur yang menyatakan seseoorang itu berusaha untuk menjadi baik. Maka sentiasalah kita berusaha.

Allah yang memiliki hati kita, Allah mempunyai kuasa untuk membolak-balikkan hati kita. Sentiasalah kita memohon kepada Allah untuk menetapkan hati kita. Seperti mana Allah telah berfirman dalam Surah Al-Imran 3:8

"(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."

Maka sebab itulah kita katakan bahawasanya 'baik' itu merupakan satu proses kerana apabila kita fikir kita sudah baik Allah pada bila-bila masa boleh membolak-balikkan hati manusia dan dalam sekelip mata sahaja kita boleh terjerumus dalam lembah kejahatan.

Usahlah kita risau bila kita akan jadi baik yang penting, kita terus berusaha untuk mencapai kebaikkan kerana apabila kita berusaha untuk jadi baik dari hari ke hari insyaAllah kitalah yang terbaik. Ingat kepada sunnatullah iaitu kebaikkan akan menarik perkara yang baik kepada kita.

Orang yang cantik tak semestinya baik, akan tetapi orang yang baik akan sentiasa menjadi cantik. "Baik dan cantik itu bukanlah apa yang dipandang akan tetapi bagaimana kita memandangnya". Kerana setiap pandangan itu punya banyak sisi dan perspektif. Kalau apa yang kita lihat itu tidak cantik, tidak baik, ubahlah perspektif kita maka insyaAllah kita akan dapat lihat apa yang lebih baik dan apa yang lebih cantik.

"Apa yang kita lihat adalah apa yang kita dapat" maka sentiasalah kita melihat kepada kebaikkan kerana nescaya kita kan mendapat kebaikkan. Janganlah kita mengikut jejak langkah syaitan yang mana tugasnya hanyalah menyesatkan anak Adam.


Apa yang kita lihat, apa yang kita rasa dalam hati dan apa yang kita fikir itu adalah saling berhubung kait. Kita selalu dengar orang mengatakan "seeing is believing" akan tetapi dalam Islam "believing is seeing". Kita lihat apa yang kita percaya. Kerana dalam kehidupan ini tidak semua perkara yang dapat kita buktikan melaui logik akal fikiran. Termasuk apa yang kita lihat. Percayalah kepada kebaikkan maka kebaikkan itu akan lahir dalam hati, akan sentiasa lekat difikiran dan insyaAllah akan diterjemahkan dalam apa yang kita lihat. Seperti yang saya katakan tadi ada banyak sudut pandang terhadap sesuatu perkara itu. Maka lihatlah pada yang baik. 

Ikut pilihan orang yang baik (Orang yang beriman).

Dalam satu hadis yang maksudnya adalah seperti berikut:- 

"tidak sempurna iman seseorang itu selagi kamu tidak menyayangi saudara kamu seperti mana kamu menyayangi diri kamu sendiri" - Riwayat Bukhari 

Kita umat Islam diajarkan untuk memberikan yang terbaik buat diri kita dan juga saudara seIslam kita. Keperibadian seperti ini dapat kita lihat dalam peristiwa hijrah ketika mana kaum muhajirin dan ansar. Kaum ansar berkongsi dengan kaum muhajirin dan mereka memberikan yang terbaik. Bahagi harta, bagi isteri, bagi tempat tinggal dan macam-macam lagi. Seperti mana yang dipraktikan oleh para sahabat, seperti itu jugaklah kita disuruh praktikan. 

Sebab itu kaedah yang kedua kita boleh lakukan dalam usaha hendak mencari jodoh yang baik adalah mengikut pilihan orang yang baik. Kerana orang yang baik adalah orang yang melaksanakan islam seperti mana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. 

Orang yang baik dalam konteks perbincangan kita ini merujuk kepada para Imam, para sheikh, ibu bapa yang taat pada perintah Allah. Maka ingatlah, jika kita menjadi orang yang baik insyaAllah kita akan dikelilingi dengan orang yang baik. Hanya orang yang baik dapat mengenali orang baik yang lain. 

Maka untuk melaksanakan kaedah yang kedua ini perlulah kita melaksanakan kaedah yang pertama iaitu menjadi orang yang baik dan soleh serta solehah. 

Ikut cara (kaedah) yang baik.

Kaedah yang baik itu dapat diukur dengan melihat kepada beberapa aspek dan antaranya adalah Akidah, Syariat , Akhlak. Selagi mana kaedah itu tidak bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak maka insyaAllah kaedah itu adalah kaedah yang baik.

Kaedah yang baik bukan hanya berpandu kepada logik akal dan adat sahaja. Sekiranya logik akal dan adat itu bercanggah dengan akidah, syariat atau akhlak, perlulah kita meninggalkan perkara-perkara tersebut. Antara kaedah baik yang dicadangkan oleh Ustaz Pharol adalah seperti berikut:-

1. Menggunakan orang tengah untuk mendapatkan maklumat lanjut (merisik)
2. Menunaikan solat Istiqarah.
3. Melaksanakan Istiharah
4. Wali sendiri yang mencarikan jodoh
5. Menawarkan diri kepada orang yang baik


Kesimpulan.

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan, maka dapatlah saya simpulkan disini untuk mencari jodoh/pasangan yang baik perkara utama yang perlu dilakukan ialah menjaga Hubungan Dengan Allah (HDA). Kerana apabila kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia.

Apabila Allah menjaga hubungan kita dengan manusia, insyaAllah kita akan punya hubungan yang baik sesama manusia dan insyaAllah kita kan menjadi orang yang baik.

Orang yang baik akan bersama dengan komuniti yang baik. Apabila kita berada dalam komuniti yang baik dikelilingi dengan orang-orang yang baik insyaAllah menjadi mudah kepad kita untuk mengikut apa yang dipraktikan oleh orang-orang yang baik.

Institusi masyarakat Islam itu bermula dengan individu, individu yang baik akan melahirkan keluarga yang baik. Keluarga-keluarga yang baik akan menghasilkan masyarakat yang baik. Dan masyarakat-masyarakat yang baik akan menghasilakan negara yang baik.

Untuk menjadi individu yang baik HDA itu penting. Pada dasarnya jagalah hubungan kita dengan Allah. InsyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan.


Favourite

Clicking!

Archives