24 May 2013

Nota: Pilihan & Kehidupan



Allah telah menciptakan kehidupan dan kematian untuk melihat siapa antara kita yang akan melakukan kebaikkan atas muka bumi ini. Kehidupan ini merupakan satu perajalanan yang berliku dan penuh cabaran. Kehidupan ini merupakan satu ujian, setiap detik kehidupan yang kita lalui adalah ujian bagi kita. Maka, ingatlah kesusahan itu ujian dan kesenangan itu juga ujian buat kita. 

Ramai dalam kalangan kita yang menganggap hanya kesusahan itu ujian. Dan ketika mana ujian menimpa kita, maka ketika itulah baru kita terhegeh-hegeh mendapatkan tuhan untuk membantu kita. Tak kala kita dalam kesenangan ramai, dalam kalangan kita lupa, alpa, sombong, dan bongkak. Dalam kesenangan semua kejayaan yang kita miliki adalah hasil usaha kita sendiri dan kita lupa akan Allah SWT. 

Persoalan pertama yang ingin dilontarkan disini adakah kita hanya bertuhan apabila kita dalam kesusahan? 



Dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan ujian ini, cuba kita renungkan, di setiap persipangan ujian yang kita tiba, kita pasti akan diuji dengan diberi pilihan. Pada saat itu pilihan kita menjadi penentu kepada kehidupan kita. Cuba bayangkan kembali saat-saat penentu kehidupan kita, inshaAllah saya pasti setiap saat itu melibatkan kita untuk melakukan keputusan. Dan dalam melakukan pilihan itu ada ketika kita membuat pilihan yang tepat, yang menjadi penyuluh hidup kita dan ada kalanya kita membuat pilihan yang kurang tepat, yang menjadi sejarah hitam dalam hidup kita. 

Tidak dinafikan manusia itu tidak sempurna, dan siapa kita kini  ada kaitannya dengan kisah-kisah pilihan yang telah kita lakukan. Haruslah kita ingat dalam fikiran kita orang yang berjaya adalah orang yang banyak membuat pilihan yang baik dalam kehidupannya dibandingkan dengan pilihan yang buruk. Seperti yang saya nyatakan kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, tetapi apa yang membezakan kehidupan orang yang berjaya dan orang yang kurang berjaya adalah pilihan baik yang dia lakukan. 

Diri kita mencerminkan pilihan yang telah kita pilih dalam hidup kita. Sekiranya kini kita berada dalam keadaan yang susah, tersepit dek kerana pilihan kita yang salah pada satu masa dahulu, berhentilah melakukan kesilapan yang sama, kerana kita boleh memilih untuk berubah dan membuat pilihan yang lebih baik. 

Kita tidak perlu untuk terus hidup dalam kesilapan yang telah kita lakukan. Sekiranya kita melakukan kesilapan dan teruskan bersedih dengan kesilapan atau pilihan buruk itu maka selagi mana kita masih tidak memilih yang lebih baik selagi itulah kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang silap itu. 



Sebagai orang Islam/ orang yang berjaya dalam kehidupan, pilihan yang kita lakukan bukanlah antara pilihan yang baik dan yang buruk. Akan tetapi pilihan yang perlu kita lakukan adalah mana antara pilihan kita ini yang lebih baik. 

Ini bermakna kita perlu pastikan pilihan yang kita lakukan itu kedua-duanya baik. Agar persoalan yang mana lebih baik itu kita boleh tentukan. Mengapa? Kerana antara perkara baik dan perakra buruk itu bukanlah sangat pilihan yang disajikan kepada kita kerana yang hak dan yang batil itu jelas. Siapa mahukan perakra yang buruk? Tanyalah setiap manusia di muka bumi ini antara baik dan buruk yang mana mereka pilih? 

Maka persoalan yang kedua saya mahu lontarkan disini adakah tindakan kita dalam memilih selama ini mencerminkan apa yang kita faham? Adakah selama ini kita memilih antara dua benda yang baik ataupun kita memilih antara perkara yang baik dan yang buruk? 

Dalam pilihan yang baik dan buruk itu mengapa kita masih memilih untuk melakukan perkara yang buruk? Saya pasti ramai antara kita yang faham dengan persoalan yang ketiga ini. 

Renung-renungkan kembali pilihan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita, analisis semula pilihan yang akan kita pilih dalam kehidupan kita. Muhasabah kembali diri kita dimana kita sekarang. Kerana, hanya dengan muhasabah dan memahami keadaan kita dan dimana kita berada, kemudian kita dapat menentukan pilihan mana yang lebih baik yang harus kita lakukan. 

"Falling down is inevitable but getting back up is an option"




No comments:

Post a Comment

Favourite

Clicking!

Archives