Ditulis Oleh : Zulhafidz Yahaya, iMuslim
Tafsir Surah Yusuf sudah memasuki ayat ke 60 semalam. Setiap ayat penuh dengan iktibar pengajaran contoh tauladan larangan dan sebagainya. Termasuklah bagaimana berkali-kali Nabi Yusuf A.s diuji, dari dicampakkan ke perigi, dianiaya oleh isteri Al-Aziz, dipenjara, tetapi Nabi Yusuf A.s tetap sabar dan tetap berceritakan tentang tauhid kepada Allah swt, tetap berkata benar, tetap menceritakan hal yang paling penting dahulu, tetap berlaku adil selepas di angkat menjadi orang berjawatan tinggi di mesir, tetap menjalankan tugas dengan amanah dan tidak berdendam, walaupun kepada adik beradiknya yang telah membuang dia ke perigi.
Banyak lagi pengajaran indah sepanjang 60 ayat ini, bersambung lagi minggu hadapan.
Bagaimana tentang jika jumpa anak kecil, bagaimana urusannya, tanggungjawab ke atasnya etc.
Bagaimana dalam ayat-ayat Allah swt tentang kesalahan-kesalahan yang specific, tetapi Allah swt merahsiakan nama pesalah dan hanya menyebut gelaran atau nama jawatan.
Bagaimana orang yang bersalah, akhirnya kesalahan itu terbukti dan timbul, dan orang yang benar, walaupun dipenjara, dihina, diabaikan, diaibkan, dianiaya, jika dia orang yang benar, dia akan terbukti benar bahkan Allah swt jualah yang akan membela orang-orang yang benar.
Terus beristiqamah dalam menyampaikan kebenaran, berlaku benar, berkata benar, walaupun menjadi sasaran orang-orang yang tidak sukakan kebenaran. Bersifat dengan ehsan yakni buat sehabis baik, dengan niat kerana Allah swt, dan mengharapkan pengampunan dari Allah swt. Balasan yang terbaik adalah dari Allah swt.
Walaupun kita buat baik orang tak tahu, atau beramal soleh berkata benar dan sebagainya orang tak tahu, tetapi Allah swt tetap tahu, dan tetap ada balasan bagi kebaikan walaupun sebesar zarah, lihat bagaimana kisah Nabi Yusuf A.s yang dipenjarakan, tetapi tetap istiqamah berkata benar, lalu di angkat menjadi orang berjawatan penting, hinggakan adik beradiknya yang datang dari tempat asalnya dibahagian "Kana'an" datang ke Mesir ketika itu kerana tersebarnya kebaikan2 tentang Nabi Yusuf A.s dan kebaikannya dalam pengurusan sumber makanan, kebajikan dan kewangan negara ketika itu. Allah swt menyebarluas kebaikan itu hingga ke tempat yang jauh.
Contohnya dalam pekerjaan kita, kita tetap buat yang terbaik, niat kerana Allah swt, , ATAU apa sahaja selain pekerjaan, kita berbuat baik dan beramal soleh, Allah swt akan membalasnya dengan pelbagai cara yang kadang kala tak kelihatan oleh mata kita. Tidak semestinya dalam bentuk kewangan, tetapi dalam bentuk kemudahan2 lain, ketenangan, masa, keberkatan-keberkatan kesihatan, barangan2 yang kita pakai, minyak, tayar kereta dsb.
Juga bagaimana Nabi Yusuf A.s setelah baginda disukai oleh Pemerintah selepas mentakwilkan mimpi, dibawa keluar dari penjara, Nabi Yusuf A.s telah mengofferkan diri pada apa yang beliau pakar dan ketahui.
12:55 Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".
Tambahan pula ia melibatkan pengurusan yang berkaitrapat dan secara langsung memberi kesan kepada orang yang ramai.
Ada banyak lagi nota yang tertulis tak sempat nak type untuk dikongsikan dengan lebih ramai. Sesungguhnya Alquran itu penuh hikmah dan pengajaran, carilah ruang dan ilmu mengenainya, ia penuh membawa kebaikan dunia dan akhirat, rujukan dan pembakar motivasi untuk kita terus melakukan yang terbaik inshaaAllah.
Ayat ke-2 surah yusuf menyebabkan kami terpanggil untuk menyediakan kelas Bahasa Arab.
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Tiada terjemahan atau tafsiran yang benar-benar kena dengan makna ayat melainkan bahasa arab itu sendiri, kefahamannya, terms nya, istilahnya, kesesuaiannya, dan lain-lain.
أَحْسَنَ الْقَصَصِ Ahsanul Qisah , memang kisah yang terbaik Allah swt rakamkan dan wahyukan kepada Nabi Muhammad Saw. Penuh pengajaran dan persediaan kepada Rasulullah Saw untuk baginda lalui hayatnya.
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَٰذَا الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
Yang paling faham Alquran adalah Rasulullah Saw, kerana diturunkan kepada baginda, dan yang secara direct belajar dengan baginda Rasulullah Saw adalah para sahabat baginda, dari merekalah jalur dan saluran kefahaman tentang tafsiran alquran dari mufassir dan muhaddith yang bersusur galur melalui tabi' tabi'in dan seterusnya hingga kepada ulama' ilmuan hari ini yang merujuk kembali kepada jalur dan salur yang sampai kepada Rasulullah Saw.
Oleh itu, janganlah memandang rendah kepada para ulama' dan memuja selebriti.
Semoga kita semua diberikan rasa jatuh cinta untuk mendalami Alquran dan Hadith serta Sunnah Rasulullah Saw.
Tak sabar pula untuk Kelas Tafsir Surah Alfatihah esok. Dulu dalam NLP Dr. Azhar Arip, Alfatihah adalah Protokol Doa, mula dengan Nama Allah swt, puji-pujian, rintihan dan rayuan, hingga kepada doa dengan penuh rendah diri takut dan harap kepada Allah swt.
Untuk maklumat lanjut mengenai kelas tafseer yang dimaksudkan sila layari www.imuslim.my
No comments:
Post a Comment