11 June 2013

Bidadari Dunia & Akhirat


Kedudukan wanita dalam Islam itu sangatlah istimewa. Kita dapat lihat dalam sirah masyarakat Arab jahiliah bagaimana wanita dilayan sebelum hadirnya Islam melalui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila Islam mula tersebar, martabat wanita telah diangkat ke peringkat yang paling tinggi.

Pada hakikatnya wanita itu sangat kuat, malah mereka lebih kental dan tabah jika hendak dibandingkan dengan lelaki. Wanita ini sangat istimewa, mereka dikurniakan hati yang lembut penuh dengan kasih sayang dan dalam masa yang sama mereka juga dikurniakan hati yang tabah serta kuat untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan.

"Behind every successful Man, is a great Woman" bukanlah mitos semata-mata. Contoh yang terbaik dapat kita lihat sudah tentu pada kehidupan baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Semua orang tahu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sangat sayang akan isteri-isteri baginda terutama Saidatina Khadijah R.A. Pada peringkat awal keRasulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Saidatina Khadijah memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi sokongan kepada baginda.

"If you educate a man you educate an individual, but if you educate a women you educate the family (society/nation)" Dr. James Emmanuel Kwegyir-Aggrey (1875-1927). Frasa ini dengan jelas memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya wanita dalam pembinaan masyarakat dan ketamadunan manusia. Maka amatlah penting untuk kita memperkasakan wanita-wanita kita agar kita dapat membina dan melahirkan masyarakat yang madani.

Maka dengan itu, saya ingin menjemput semua wanita-wanita, gadis-gadis, untuk turut bersama menyertai Konvensyen Bidadari Dunia yang bakal dianjurkan oleh iMuslim pada 31 Ogos hingga 1 September 2013.




Nama Program:

Anjuran:

Tujuan:
Untuk memperkasakan Muslimah bagi membentuk dan melahirkan masyarakat yang cemerlang didunia dan akhirat.

Tarikh:
31 Ogos - 1 September 2013.

Tempat:
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Yuran Pendaftaran:

Early Bird
RM100 - Awam
RM 90  - Pelajar

Normal
RM150 - Awam
RM100 - Pelajar



Ahli Panel:





Istimewa:
Walaupun Konvensyen ini untuk Muslimah sahaja, jangan risau bagi mereka yang sudah berkahwin, pihak iMuslim ada menyediakan bengkel-bengkel kecil untuk para suami. Bengkel-bengkel ini adalah bersifat complimentary bagi tiket yang dibeli oleh setiap Muslimah.



Bagi mereka yang tidak mempunyai pasangan usah risau, tiket berasingan dijual pada harga RM70. Bengkel-bengkel ini akan dikendalikan oleh penceramah terkemuka seperti Sheikh Yawar Baig dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang mempunyai anak, usah risau kerana pihak  iMuslim ada menyediakan pusat asuhan. Anak-anak akan mempunyai aktiviti-aktiviti mereka yang tersendiri di pusat asuhan tersebut. Pusat asuhan akan dikendalikan oleh Genius Aulad



Jangan lepaskan peluang ini. Carilah ilmu dalam membentuk diri supaya boleh terus maju kehadapan. Hidup kita bukan sahaja untuk akhirat tapi juga untuk dunia. Jika tidak Allah tidak akan menghatar manusia ke dunia ini. Untuk berjaya di akhirat di dunialah kita perlu mencari bekal. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Kongsi bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Jika dengan berkongsi maklumat ini, dan mereka mendapat manfaat daripada program ini, anda juga turut mendapat ganjarannya.

Pendaftaran Boleh dibuat disini

No comments:

Post a Comment

Favourite

Clicking!

Archives