18 February 2013

Suami Yang Baik

Satu pagi Umar diminta Ummi-nya untuk menghantar adiknya ke sekolah. Dalam perjalanan Umar berbual-bual dengan adiknya Khadijah yang berusia 9 tahun.

Umar : Khadijah, rasa-rasa Khadijah abang boleh jadi suami yang baik tak?

Khadijah : Tidak.

Umar : Kenapa pulak? (nada ingin tahu yang amat)

Khadijah : Sebab bila abang kahwin nanti abang dah tak bagi tumpuan dekat Khadijah dan abang akan tumpu lebih kat isteri abang.

Umar : Jadi Khadijah kata abang tak boleh jadi suami yang baik sebab abang dah tak bagi tumpuan pada Khadijah?

Khadijah : Ya.

Lalu Umar hanya senyum lebar tanpa berkata apa-apa. Seketika kemudian..

Umar : Okay. Katakanlah abang nak kahwin jugak (amboi insist ni) Khadijah nak 'Kakak' Khadijah ni macam mana orangnya?

Khadijah : Nak yang baik and selalu pergi shopping .

Umar : Eh kenapa? Sebab nak ikut shopping skali eyh?

Khadijah : A'aa.

Umar hanya senyum lebar lagi dan tidak berkata apa-apa.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Favourite

Clicking!

Archives