Ke-Ayah-an (Fatherhood) merupakan satu proses pembelajaran. Tiada siapa yang antara kita yang benar-benar terus hebat menjadi seorang ayah. Kita mungkin sudah banyak membaca buku mahupun pergi ke kursus-kursus dalam usaha hendak menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak kita.
Namun pada hakikatnya apabila anak itu dilahirkan segala yang kita pelajari seolah-olah "tak boleh pakai". Tapi jangan lah kita gelabah (melatah) kerana apa yang telah kita pelajari itu bukanlah usaha yang sia-sia. Kita perlu beri masa untuk diri sendiri bagi menganalisis dan menyesuaikan diri dengan keadaan.
Apabila kita sudah mula menyesuaikan diri maka insyaallah apa yang kita pelajari itu akan mula masuk akal (make sense). Secara jujurnya setelah lima bulan bergelar ayah aku masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri (yes people I'm struggling). Namun hal itu tidak patut melemahkan mahupun mematahkan semangat aku untuk terus menjadi bapa yang terbaik buat anak aku yang tercinta ini.
Aku percaya segala pengorbanan yang dilakukan dalam usaha untuk menggalas tanggungjawab menjadi seorang ayah ini amat berbaloi. Dalam proses menjadi seorang bapa cemerlang suka untuk aku petik kata-kata seorang sahabat iaitu "apabila kita menjadi seorang bapa, kita perlu jadi seorang anak yang lebih baik". Dan aku amat amat bersetuju dengan kata-kata ini. Kerana istilah yang aku sedar dan pelajari. Pada saat itu barulah aku mengerti setiap apa yang Keputusan yang sukar telah Abah lakukan.
Maka buat ayah-ayah muda, dan bakal-bakal ayah, persiapkan diri anda dengan ilmu ke-ayah-an dan jua persiapkan mental anda. Bersabarlah dan teruskan usaha kita untuk menjadi Bapa Cemerlang dunia dan akhirat.
P/s: buat anakku terima kasih kerana mengajar aku erti ke-Ayah-an dan mengajarku untuk menjadi anak yang lebih baik.
P/ss: Buat Abahku yang telah banyak melakukan pengorbanan dan banyak membebel kepada anakMu gang banyak buat masalah ini, terima kasih tidak terhingga daripada anakmu. Semoga engkau dikurniakan syurga yang tertinggi bersama para Nabi dan Rasul serta syuhada.
No comments:
Post a Comment